Wednesday, September 10, 2008

YesMantap!

Itulah trade marknyer...sebelum memulakan sesuatu program, inilah kalimahnya yang boleh gegerkan suasana.tapi itu hanya kalimah ciptaan manusia yang tiada apa2 kesan keatas jiwa yang inginkan kesempurnaan yang menyeluruh, cuma boleh dikatakan ayat untuk motivasi sahaje.Gua tak pasti ayat ni dah ada trademark,melalui pencarian melalui web..ayat ini dah ditrademarkkan melaui laman web http://berehel.blogsome.com/2008/07/12/65/ , so skunk, kalo ayat tu gua anggap sebagai satu yang universal..janganlah ada yang nak menyaman gua plaks!

Jadi YesMantap takde kene mengene dengan sesiapa, cuma ianya cara nak menanamkan keyakinan melaui perbuatan dan luahan suara perut kowang sumer.

Dalam blog nie , mintak kebenaranley untuk publish every report yang telah dijalankan ketatas remaja-remaji dan beliawan..ops..kowang ghase naik giler baca ayat tonggang-terbaliks nie..allops...! memang jiwa remaja & belia nie "Beyond Expectation" so belasah jerlah!






Saturday, August 30, 2008

Positif & Negatif





Salam,sebenarnya kehidupan kita tidaklah terlalu serius , "Life is not that serius" kecuali pegangan agama yang sememangnya tiada kompromi dan tidak boleh diubah sesuka hati.Kita seringkali membuat penilaian mengenai cara kehidupan melalui perbandingan positif dan negatif.ya katanya itulah hukum alam. Baik lawannya Jahat,Suka lawannya Sedih...




Adalah satu yang tidak keterlaluan jika seorang manusia normal mengatakan bahawa kemampuan untuk berada diantara positif dan negatif adalah satu perbandingan yang lebih adil kerana sudutnya lebih luas. Apa yang mengesankan rupa-rupanya terdapat keadaan dimana sesuatu yang negatif itu boleh ditukar terus kepada positif! dan ianya telahpun terbukti, contohnya apabila menyebut perkataan "penjenayah" terus kita mengatakan ianya negatif!, tetapi tidak!, kerana penjenayah berpeluang untuk ditukar terus kepada positif...ianya tidak selamanya negatif!





.Ini kerana pendapat yang mengatakan penjenayah itu negatif hanya kerana dia tidak berada ditengah-tengah diantara positif dan negatif tetapi ia terus mengatakan penjenayah itu negatif!
Kita tidaklah perlu menunjukkan contoh yang terperici, cuba fikirkan sejenak pernahkah kita mendengar, ada penjenayah yang keluar dari penjara dan menjadi seorang yang alim dan boleh pula berdakwah kepada orang lain?jika belum pernah mendengarnya, kemungkinan kita tidak mengambil tahu ataupun sememangnya kita sendiri yang tak mahu ambil t
ahu! Tidak dinafikan bahawa setiap kerdilnya manusia yang berdiri mempunyai perbezaan yang ketara diantara manusia kerdil lain.Apakah perbezaan yang paling ketara itu?



"Pengalaman"-Perbezaan ketara setiap Insan kerdil Bagaimana pula caranya untuk kita berada diantara positif dan negatif? caranya tidak lain selain melaui pengalaman dan kemantapan minda.salah satu tipsnya ialah memecahkan"Mental Block" yang berzaman bersarang didalam minda kita! -....To Be Continued